Thursday 6 December 2018

DIY ALAS KAKI KEDAI ECO KEPADA SARUNG KERUSI CANTIK

Setelah sekian lama mood menulis terbang tanpa arah tujuan, akhirnya ia kembali lagi. Fuhhh, bukan mudah nak kembalikan mood menulis ni tau. 

Kali ini Cik Rina nak share cara-cara nak buat sarung kerusi guna alas kaki dari kedai ECO. Berbaloi untuk kita-kita yang nak rumah cantik tapi bajet ada ciput je. Cik Rina dah share step ni kat facebook sebenarnya tapi saja jela nak abadikan kat sini jugak. Kot nanti facebook kena godam boleh cari kat sini. Bajet macam retisss sangat kan. Ahakss.

Bahan-bahan yang diperlukan cukuplah senang uolls.

  • Alas kaki. Satu kerusi guna dua keping tau. Pandai-pandaila uolls kira ikut bilangan kerusi masing-masing.
  • Benang. Sebaiknya biarlah sama warna benang dengan alas kaki. Barula nampak kemas dan cantik.
  • Jarum jahit.
  • Gunting nak buat potong benang.


Pertama sekali ambil dua keping alas kaki. Cantumkan dan jahit keliling. Nak jahit ni kena sabar sikit la ya. Cik Rina sampai melecet jari nak siapkan untuk 8 kerusi. Hahaha


Tinggalkan sedikit ruang untuk uolls sarungkan pada kerusi. Besar mana ruang tu terpulang pada saiz kerusi masing-masing. 


Dah siap jahit bolehla disarungkan pada kerusi. 




Cantikkan kejadiannya?

Selamat Mencuba!

Monday 29 May 2017

RESDUNG DAN ABANG YUN

Resdung dan Abang Yun memang tidak dapat dipisahkan. Hari-hari bersin, gatal hidung dan berair hidung. Tidur pun kadang-kadang berdengkur. Abang Yun ni allegic dengan aircond tapi tiap-tiap malam tidur nak kena on aircond. Kalau tidak tak boleh tidur katanya. Jadinya susahla nak minimumkan kesan resdung dia tu.

Altenatifnya terpaksala Cik Rina bawa Abang Yun ke pusat rawatan resdung. Sebenarnya ini kali ke dua Cik Rina ke sini. Kali pertama dulu Cik Rina cuba set percubaan. 1/2 jam sahaja. Kali ni cuba yang lama sikit 1 jam. Alhamdulillah tidur malam tu dah tak berdengkur☺☺

Cik Rina buat rawatan resdung kat center sis Sarah ni. Rawatan resdung paruna namanya. Guna stick tanpa asap. Boleh intai2 facebook sis Sarah  https://www.facebook.com/sarah.hamid.946  untuk info lanjut. Nak citer panjang lebar Cik Rina tak pandai sangat. hehe


Kuning-kuning kat muka Abang Yun tu adalah hama yang keluar dari muka. Kawasan paling banyak adalah dahi dan pipi Abang Yun. Lepas keluarkan hama pakai masker pula tapi lupa nak snap gambar. Abang Yun kalau kat sini nak sangat pakai masker. Cik Rina nak pakaikan kat rumah terus lari tak nak pakai.  Mmmm, nak suasana ala-ala kat spa jugak rupanya.

Uolls yang ada masalah resdung tu bolehla cuba rawatan ni ye. Tak menyakitkan, relaks2 je. Kesan pun Alhamdulillah. Janganla baru pergi sekali terus fikir boleh baik sebab hama ni 24 jam melekat dengan kita. Kalau resdung teruk mungkin perlu beberapa kali sesi rawatan untuk dapatkan kesan yang optimum.

Wednesday 24 May 2017

Irham dan Basikalnya

Dah lama sangat rasanya tak menulis kat sini. bukan saja berhabuk tapi dah bersawang rasanya blog ni. Nak cerita akhir-akhir ni bila temujanji Irham di hospital Cik Rina dan suami dah mula bawa 'basikal' Irham. Itupun atas nasihat pegawai cara kerja kat hospital tu. Katanya kena biasakan Irham explore semua perkara. Biarkan dia bebas bergerak dan buat apa yang dia suka. Ok, boleh diterima nasihat pegawai tu walaupun pertama kali bawa semua mata asyik pandang-pandang kami. Tak kurang juga yang bertanya.

Jadi, inilah dia 'basikal' Irham. Beli direct from oversea. sebenarnya 'basikal' ni permainan kanak-kanak normal tapi disebabkan ianya boleh dikayuh menggunakan tangan kami convert jadi Irham punya transport. Kadang-kadang dalam hidup ni memang kena kretif sikit kan..hehe. Gunakan apa sahaja yang ada selagi ianya boleh memberi kemudahan kepada Irham. Nak belikan wheelchair macam tak sesuai lagi. Dia baru umur 3 tahun.

Nama 'basikal' Irham ni Cyclone. Boleh tengok kat offical web dia ni ya http://www.radioflyer.com/ macam2 permainan ada tapi Cyclone boleh digunakan untuk kanak-kanak yang tak boleh jalan macam Irham. At least mereka ada something yang boleh di main untuk menggantikan basikal. Harganya bila diconvert ke Ringgit Malaysia dalam RM500++. InsyaAllah tahan lama dan berbaloi digunakan.


Dan ini pula video Irham dengan 'basikalnya'. Dah makin pandai sekarang. Tengah-tengah tu kami letak bantal alas duduk supaya kaki Irham tak jatuh.


Sunday 16 April 2017

Abang Yun Birthday

Kali ni lewat juga sambutannya sebab Cik Rina sibuk uotstation. Tunaikan juga permintaan abang Yun untuk ajak kawan-kawan dia makan kat rumah. Menu ringkas

❤ Kek padang bola dari Bred Time, Bangi
❤ Pizza dari Pizza Hut Delivery. Cik Rina beli pan personal yang promo RM5 satu tu. 
❤ Agar-agar buat sendiri. Mak yang buat untuk cucu dia.
❤ Nuget, kentang goreng masak sendiri oleh Cik Rina. hehe





 Kek Padang Bola






Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama 09 April. Kawan adik Cik Rina.

Wednesday 25 March 2015

HILANGKAN KESAN LUNTUR

Stresskan bila keluarkan baju dari mesin basuh tiba2 tengok baju feveret terkena warna baju lain. Nak buang macam tu je tentula sayang. Pulaknya harga baju tu memang mahal dan sememangnya menjadi koleksi kesukaan kita.

Jangan stress2 ye..Kat sini saya nak kongsikan cara mudah dan jimat untuk hilangkan kesan luntur tu. Nak tahu jadi tak kenala cuba sendiri coz saya tak ada lagi baju yang terkena warna baju lain untuk dicuba. Dah ada nanti saya update semuala entry ni ye.

caranya, masak air dan rendamkan baju tersebut dalam air panas selama beberapa jam. Kalau nak hasil terbaik rendamkan selama semalaman. Just it. Simple je kan.

- SELAMAT MENCUBA -

Tuesday 24 March 2015

APA ITU TEH

Siapa tak kenal teh kan? Rasanya semua orang pernah minum teh dan teh merupakan salah satu minuman yang popular kat Malaysia ni. Terdapat pelbagai jenama seperti Boh, Lipton, Teh Sabah dan lain-lain. Tapi tahukah kita bahawa semua jenis teh adalah sama iaitu berasal daripada tanaman daun teh. Apa yang membezakannya adalah ketika teh itu dipetik dan diproses.

gambar: credit to en. google

Selain diproses untuk dijadikan minuman teh juga boleh digunakan sebagai:-


  • penghalau nyamuk
  • menghilangkan bau kaki
  • baja
  • membersihkan lantai
Teh juga digunakan untuk kecantikan. Rahsia kecantikan masyarakat Korea adalah minum teh hijau sekurang-kurangnya satu hingga dua kali sehari. Ia menjadikan kulit bebas jerawat kerana teh merupakan antioksida terbaik. Teh hijau juga dikhabarkan dapat membantu anda menurunkan berat badan. 



Sumber: Berita Harian 24 Mac 2015

Letih cari teh hijau yang terbaik? Jom cuba WIN TEA Minuman Kesihatan Terbaik Anda

Wednesday 18 March 2015

P.E.N.A.T

hahaha..macam poyo je buat tajuk camtu kn. macamla org lain tak penat. tapi seriously saya memang sangat penat beberapa hari ni. Jumaat balik dari outstation kat Ipoh. sampau rumah dalam pukul 2 lebih. layan anak2 sampai ke malam.

Sabtu 14/3 member dari Kuala Lipis datang bertandang ke rumah. Dah lama tak jumpa okey. 10 tahun kalau tak silap. Nurul datang dengan mak and anak dia sorang. Pukul 11 pagi pergi amik dia kat stesen bas pekeliling. sampai umah masak ala kadar. lepas mkn sembang sakanla kami. mak dia sembang ngan mak saya. anak dia main ngan ngan abg yun & kakak dina. Irham en. suami yang jaga. nasib dapat en.suami yang memahami..hehe. dalam kul 4 camtu adik dia datang amik. jangan tak tau Nurul ni ada wat bisnes kuih karipap frozen. sape yg nak order leh direct contact dia. Dia jugak ada buat Sambal Hitam yg hangat diperkatakan sekarang ni. Rasanya sedap. cukup rasa. tak pedas sangat. Nak cuba leh jenguk2 blogshop saya ye. tak mahal pun. RM8  je sebekas (125g).

Ahad 15/3 xde plan nak pergi mana2. ingat nak berehat kat rumah je. baju balik dari outstation pun tak berbasuh lagi. tengah relax2 tiba2 adik g tau mak angkat dia dari Penang nak datang. OMG, kat dapur tu xde barang dah rsnya untuk jamu tetamu. lepas untuk kami sekeluarga je. siap kemas rumah, siap2 g Mydin presint diplomatik. plannya nak buat mee rebus Johor. siap shopping dah kul 12 tghr. terus sinsing lengan baju masuk dapur. dalam duk cbuk memasak cousin dari Pahang plak call bagi tau nak datang rumah. again, rasa macam nak pengsan. suka sangat org nak datang rumah tapi saya memang PENAT. hahaha

adik keluar amik mak angkat dia kat Ampang kul 1 lebih. tinggal kat dapur sorg2 siapkan apa yang belum selesai. settle semua, solat Zohor, baring2 jap. cousin call g tau dh sampai kat Bentong and minta tolong amik kat tol Gombak coz tak tau jalan. so, kul 4 kuar ngan en. suami amik diaorg. pergi balik jalan jem. kul 6.30 ptg baru sampai rumah. Orang Penang dah siap2 nak balik Penang. badan pun dah rasa lembik semacam je coz pg tadi je jamah makanan. kereta org Penang gerak balik je terus ajak cousin plak mkn. tetamu slow je makan, tuan rumah ni yang gelojoh semacam. Lapar kot..

ingtkan diorg nak menginap kat rumah. rupanya nak lek kuantan semula. lps isyak bawa pusing2 putrajaya jap then hantar diaorg semula ke gombak. done for today. lek rumah terus terbaring kepenatan hingga ke pagi.

Isnin 16/3 dengan semangat yang membara nak buka saving acct Maybank coz customer asyik tanya je nape xde acc maybank.so, rehat tghr g la ke Maybank. nak tau x apa jadi...

Branch 1 (dekat perbadanan putrajaya) : isi borang je ari ni.esk dtg semula utk deposit duit & amik kad dan buku akaun. Minta borang katanya kalu konfem nk buka account kat ctu baru dia bg. Kalu nk buka tpt lain x boleh coz borang lain2. oleh kerana malas nak datang esok pecutla ke Bangi dgn harapan dpt settlekn semua on the same day.



Branch 2 (sblh pej pos bangi, x igt seksyen brp): nombor utk buka akaun dh abis.dtg esk ye.pagi..mm, kalu urusan ASB tu pahamla nombor abis..ni nk buka account maybank kot.dh la x mesra pelanggan.lum abeh tya dh entertain customer lain. sakit pulak hati kita ni...

Branch 3 (sblh aeon kredit bangi): sori, sistem tergendala..lain2 branch guna sistem lain2 ye? Yang 2 td ok je sistem.x tergendala pn. Saje minta borang & tanya leh guna utk semua branch ke? Katanya boleh..konfius jap..branch 1 td kata borang dia leh guna kat ctu je..

Kesimpulannya, dh malas nk berurusan dgn maybank..asyik baca kat wall fb & paper duk kata servis gov ntah pape. See, servis private yang kononnya hebat sangat pun ntah pape gak. inilah yang membuatkan saya P.E.N.A.T

Selasa 17/3  en.suami de bagi tau nak amik kawan dia dari sg. petani kul 6 pagi. igtkn kawan dia dtg sorang rupanya bawa wife dia skali. nak ke imigresen putrajaya. siap2 g keje then terus hantar diaorg ke imigresen. kul 11.30 en.suami call kata semua dh settle. nak hantar diaorg lek rumah. macam tak sopan la plak biarkan tetamu kat rumah kan. last2 nya amik cuti la senang. Sampai rumah siapkan mkn tghr. lepas mkn sembang2. Kul 3 cakap kat en.suami nk keluar coz nk g pej.pos  and COD barang customer kat MPOB & precint 5. bawa abg yun & kakak dina. siap singgah pasar malam jap. sampai umah dah kul 5.30 ptg. tetamu pun dah balik. g rumah adik dia kat KL. 

kesimpulannya SAYA SANGAT PENAT dan yang buatkan lagi penat weekend ni class dah mula. huhu