Monday 29 May 2017

RESDUNG DAN ABANG YUN

Resdung dan Abang Yun memang tidak dapat dipisahkan. Hari-hari bersin, gatal hidung dan berair hidung. Tidur pun kadang-kadang berdengkur. Abang Yun ni allegic dengan aircond tapi tiap-tiap malam tidur nak kena on aircond. Kalau tidak tak boleh tidur katanya. Jadinya susahla nak minimumkan kesan resdung dia tu.

Altenatifnya terpaksala Cik Rina bawa Abang Yun ke pusat rawatan resdung. Sebenarnya ini kali ke dua Cik Rina ke sini. Kali pertama dulu Cik Rina cuba set percubaan. 1/2 jam sahaja. Kali ni cuba yang lama sikit 1 jam. Alhamdulillah tidur malam tu dah tak berdengkur☺☺

Cik Rina buat rawatan resdung kat center sis Sarah ni. Rawatan resdung paruna namanya. Guna stick tanpa asap. Boleh intai2 facebook sis Sarah  https://www.facebook.com/sarah.hamid.946  untuk info lanjut. Nak citer panjang lebar Cik Rina tak pandai sangat. hehe


Kuning-kuning kat muka Abang Yun tu adalah hama yang keluar dari muka. Kawasan paling banyak adalah dahi dan pipi Abang Yun. Lepas keluarkan hama pakai masker pula tapi lupa nak snap gambar. Abang Yun kalau kat sini nak sangat pakai masker. Cik Rina nak pakaikan kat rumah terus lari tak nak pakai.  Mmmm, nak suasana ala-ala kat spa jugak rupanya.

Uolls yang ada masalah resdung tu bolehla cuba rawatan ni ye. Tak menyakitkan, relaks2 je. Kesan pun Alhamdulillah. Janganla baru pergi sekali terus fikir boleh baik sebab hama ni 24 jam melekat dengan kita. Kalau resdung teruk mungkin perlu beberapa kali sesi rawatan untuk dapatkan kesan yang optimum.

No comments:

Post a Comment