Saturday 18 January 2014

SPINA BIFIDA WITH MYELOMENINGOCLE

9/1/14 - check up di Hospital Putrajaya

Terpana jap bila doktor confirmkn baby akan lahir dengan Spina Bifida with Myelomeningocele. Walaupun agak blur tapi bila doktor explain memang tak terkata rasanya. Antara kemungkinan yang mungkin terjadi
  • baby akan ada masalah buang air besar dan air kecil
  • baby mungkin lumpuh dari pinggang ke bawah
  • Perlukan rawatan susulan yang berterusan
  • Perlukan penjagaan rapi
Dalam hati terdetik yang saya akan lahirkan anak kurang upaya. Otak mula mengeluarkan soalan2 yang bukan2. Kenapa saya? Apa salah saya? Doktor kata antara punca utama spina bifida ialah kekurangan asid folik. Tapi saya makan asid folik. Saya makan obimin yang nurse bagi setiap kali pergi check up. Walaupun kadang2 ada harinya saya terlupa makan tapi saya masih makan. Anak2 sebelum ni pun saya selalu juga lupa makan vitamin tapi mereka ok je. Mula terfikir juga camner nak bagi tau mak tentang keadaan cucu dia yang bakal lahir tak lama lagi ni. Apa penerimaan saudara mara? Mampu ke saya jaga anak istimewa? Pendek kata kusut kepala saya ni dengan pelbagai persoalan. Alhamdulillah En. Husband jenis cool dan tenang. Bolehlah dijadikan tempat bersandar n pembakar semangat.


15/1/14- Details scan di PPUM

Doktor di Hospital Putrajaya minta buat details scan di PPUM untuk confirmkan lagi finding diaorg ni. Maybe ini first case di Hospital Putrajaya. 

Doktor Pakar di PPUM sahkan:-
  • spina bifida with myelomeningocele (part yang teruk sekali)
  • bilateral ventriculomegaly
  • open spina bifida L3-L4 at lumbasacral region
  • Arnold Chiari malformation

16/1/14 - Review details scan di Hospital Putrajaya

because of everything confirm so doktor plan untuk saya bersalin bila baby dah cukup 38 minggu. Tak boleh bersalin normal. Wajib operation. So, kena admit ward 29/1/2014 petang coz tarikh untuk baby lahir dicadangkan 30/1/2014. That day baby dh cukup 38 minggu.

Apa lagi yang boleh saya buat selain serahkan semuanya pada Allah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Masa ni dah dapat terima kenyataan sepenuhnya. Hati pun dah tenang. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin