Saturday 30 November 2013

APA ITU VENTRICULOMEGALY

Sejak doktor g tau pasal saiz kepala baby tu , saya pun sibuklah mencari maklumat di internet. Berpandukan ayat yang doktor tulis dalam buku "noted during scan bilateral lateral ventricle enlarged" sy pun google la utk tahu pe masalah sebenarnya sebab 2 anak yang sebelum ni Alhamdulillah xde pe2 masalah. So, inilah hasil carian saya.

Ventriculomegaly adalah keadaan luar biasa dimana ventrikal didalam otak janin membesar melebihi 10 milimeter lebar. Ia boleh memberi kesan kepada hanya sebelah atau kedua-dua belah ventrikal. Ia juga boleh memberi kesan kepada ventrikal ketiga dan keempat.



photo credit to google

Fakta Penting Tentang Ventriculomegaly
  • Berlaku dalam 1:1000 kelahiran
  • Boleh dikesan semasa trimister kedua dan ketiga kehamilan (14-40 minggu) melalui ultrasound
  • Dibahagikan kepada  3 kumpulan kecil iaitu ringan, sederhana dan teruk
  • Memerlukan rawatan sekiranya bayi juga mempunyai hydrocephalus.
photo credit to google

Ventricolumogely terjadi disebabkan oleh kerosakan atau kehilangan tisu otak, kecacatan dalam perkembangan otak dan ketidakseimbangan peredaran dan penyerapan cecair cerebralspinal (CSF).

Antara gejala yang boleh dilihat adalah:-
  • Kepala membesar secara tidak normal (baru tahu betapa pentingnya ukurlilit kepala yang selalu nurse wat tiap kali bawa anak ke klinik)
  • Mata tidak boleh melihat menaik atau kelihatan kebawah
  • Perkembangan terbantut
  • Muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Ubun-ubun atau bahagian hadapan kepala kelihatan membonjol (bulging) 
If nk tahu details lagi leh tgk kat cni ya 

http://nyp.org/kids/ dan http://www.childrenshospital.org/ atau boleh search je kat google. Memang byk maklumat yang akan kita dapat tapi kebanyakannya dari luar negara.



Saturday 16 November 2013

Saat Dapat Tahu

Macam biasa, rutin ibu2 mengandung ialah pergi check up. Saya pun samala. Oleh kerana masa mengandung anak first ada high BP and masa anak kedua ada kencing manis terpaksala menghadap kesesakan kat Klinik Pakar Hospital Putrajaya untuk anak ketiga ni. It's ok baby. Ummi dh biasa sesak2 ni:)

Kali ni En. Husband drop je kat lobby then dia g opis keje. Tak aci tul kn. Bermulala pengembaraan di hospital ni. Timbang berat, amik darah, test air kencing and the last part jumpa doktor. Lepas short intebiu doktor pn suruh baring atas katil. nk scan katanya.

Tengah asyik scan,  muka doktor tiba2 macam berkerut seribu. Then, duk ulang2 scan tempat yang sama. Maybe sebab tak puas hati doktor tu siap panggil another doktor (specialist) untuk confirmkan pe dia nampak.  Bila doktor specialist say YES muka first doktor tu terus berubah. Saya?? Kalau doktor cuak saya lagi la cuak. Dalam hati dh x keruan.

" Kami dapati saiz kepala anak puan lebih besar dari saiz biasa. Memandangkan kandungan puan baru berusia 7 bulan kami akan monitor dulu dan kami tak kan confirmkan apa2 dulu. Kita tunggu next visit sebulan dari sekarang untuk tengok progress. Puan jangan risau."


Ya Allah, kepala anak saya besar macam yang dalam tv tu ke??? Tak tahu nk ckp macam mana. Macam2 rasa berkecamuk dalam hati. Nk nangis tapi air mata xnk keluar lagi. Rasa lama sangat tunggu En. Husband sampai walaupun dari opis dia ke hospital x sampai 15 minit pn. Macam mana nk bg tau En. Husband???


Thursday 26 September 2013

BERTEMU LAGI

Salam Semua..

Dh berbulan rsnya x mengupdate blog ni..bz tu xdela sgt tp asyik berebut komputer dgn amirun. last2 mtila amirun yg menang..umminya ni redha jela tgk dia main game..haha

2-3 bln ni byk jga perkara yg berlaku..mak br je kuar wad. Mulanya suspek denggi tp akhirnya doktor kata demam virus..virus pe, doktor sdr x dpt pastikan..x kisahla, yg penting mak dh sihat skrg.

Semalam plak rak zirafah utk letak mainan Amirun n Irdina sampai..Beli kat Mydeal sbln yg lepas. RM158 inc pos..Okla kot coz tgk blogshop online yg lain harga dlm RM170++. Mm, penatla juga nk mngemas mainan diaorg yg byk tu..kalu ikutkan x muat rak tu tp setelah dibuat 5S akhirnya muat juga.mn yg x brp elok tu kasi masuk tong sampah je. So, nila rak zirafah tu..semua tau kot..hehe

Gambar credit to google. Gambar sbnar x sempat snap lg:)

Wednesday 1 May 2013

APRIL OH APRIL

Saja nk mngimbas aktiviti sepanjang bulan April ni.. Lets check it out!!!

LANGKAWI TRIP - 6 hingga 9 April


Sebut je pasal Langkawi ni rasanya semua org mesti teruja kan terutamanya pada mereka yg sgt suka bershopping. Kiranya Langkawi ni salah satu dr tempat best utk shoppingla. Macam2 ada kat Langkawi ni kan. 

Alkisahnya, Langkawi ni xde pn dalam senarai percutian keluarga untuk tahun ni. Tapi disebabkan Malaysia Ailines aka MAS offer tiket yg pd saya amatlah berpatutan so, cpt2 je tgn ni log in web MAS n book tiket flight. RM150 return for adult!!! Berbaloi sgt rsnya. konfem2 dpt 30kg free.hehe

Trip kali ni jenjalan bersama family n jiran sebelah rumah. 8 dewasa, 2 kanak2. Kat Langkawi kami stay dekat Yasree Homestay. Teres 2 tingkat, ada 4 bilik tidur, 2 tandas. Ada mesin basuh, peti ais, rice cooker, dapur gas n byk jugala kelengkapan dapur. Ala2 kat dapur umah sendiri gitu. Mmg hari2 kami masak. Jimat ckitkan. First time duk homestay rasa ok jugala. Yg x bestnya xde kolam renang mcm kat hotel.haha

Sebenarnya kat Langkawi ni byk sgt homestay. Boleh pilih ikut kemampuan dan keselesaan kita. Nk survey2 homestay lehla klik List homestay di Langkawi

Besela kalau pergi Langkawi mesti nk pergi Cable car, Underwaterworld, Dataran Helang, Makam Mahsuri..Tambah2 lg bawa anak2 kn..Dan tempat shopping yg konfem dikunjungi adalah Idaman Suri n Haji Ismail Group.

Tiket Cable Car Dewasa RM15, Kanak2 RM10
Tiket Underwaterworld actually Dewasa RM28, Kanak2 separuh harga dewasa kalau x silapla. Tapi sebab bawa pas keje kami dpt Gov. Rate. So, dewasa RM22, kanak2 RM11 je. Pasni sape2 yg keje gov tu jgn lupa bawa pas keje ye..Bolehla bjimat ckit:)

Mmg syokla g Langkawi walaupun dh pernah pergi sblm ni.. x tau nk explain camner..

Me n My Mum
Jantung Hatiku , Amirun n Irdina


 
With Husband n Amirun

Adik, Amirun n Irdina
With Jiran Sebelah Umah
JB TRIP - 22 hingga 26 April

mm,yg ni bkn trip jalan2 ye. g keje. Naik flight MAS juga tp opisla yg bayarkan:) Menginap di KSL RESORTS. Hotel ni mmg best coz dlm shopping mall. Pada mereka yg suka korean dress/style, dlm mall ni byk sgt kedai2 yg jual baju2 camtu. Pada yg minat hello kitty pn kat dlm ni de satu kdai yg mmg jual barangan hello kitty. Dari baju hello kitty spaila peralatan dapur sprt pinggan mangkuk, rice cooker, toaster, sudu n mcm2 lgla.X ckup dgn kdai, kiosk2 yg jual barangan hello kitty pn ada. Nk shopping kasut pn byk sgt pilihan..hehe. Yg x bestnya, bagi org Islam, pilihan kdai makan sgtla tdk mnarik. Kebanyakannya fast food like subway, KFC, Mc D, Pizza. Kat kawasan berdekatan pn susah sgt nk cr kedai makan yg Halal. Kalau bercuti n de kenderaan sendiri okla nk stay kat hotel ni..

Kongsi bilik ngan member opis, kami duk Deluxe Room. Dalam bilik ni de satu single bed n satu twin bed. Leh tidur 3 orgla kiranya. Bilik dia xde la luas sgt tp okla utk solat. Fasiliti lain sama je mcm hotel2 lain. Breakfast byk jugala pilihan terutamanya ala2 barat gitu. Kalau org2 tua mungkin x brp sesuai coz cuma de nasi lemak, roti canai n mee/kueh tiaw. Yang lain2nya roti, salad, yorgurt, dim sum, pau, bubur nasi n cereal. Kalau stay sehari dua okla kut tp kami yg duk seminggu ni jemu gakla dgn menu yg ada. Pepun syukur dgn rezki yg Allah bg.


Mata dh layu, so its time to sleep. Hujung bln 5 nti kita tgk mn plak tpat yg saya jelajah ye..Assalamualaikum

Wednesday 13 March 2013

KEKASIH

Mesti tertanya-tanya kan bila tgk tajuk tu..Mm, malam ni rasa mcm tenang je. Tiba-tiba teringat kat karya Usman Awang ni. Kalau rasa x de idea sgt nk pikat awek lehla cuba bagi sajak ni..nk bagi kat pakwe pn boleh juga. Nak tulis dlm kad anniversary untuk suami atau isteri lagilah boleh. Sweet sgt sajak ni (pd pandangan saya la)

Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali
Mengikatmu

Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan
Ranjang tidurmu

Akan ku tenun awan gemawan
Menjadi selendang
Menudungi rambutmu

Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju
Pakaian malammu

Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang
Menyinari dadamu

Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu
Menyuluhi rindu

Akan ku rebahkan mentari
Menjadi laut malammu
Menghirup sakar madumu

Kekasih hitunglah mimpi
Yang membunuh realiti

Dengan syurga ilusi. 

Sunday 10 March 2013

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Mmm..dh lama sgt x update blog yg satu ni..just nk share ngan kawan2. Mungkin boleh dibuat panduan untuk kita menjadi seorang teman@kawan@sahabat yg baik. Dan untuk pengetahuan semua, saya pernah guna tajuk ni untuk sesi pengucapan awam masa kursus induksi. Tak silap masa tu tahun 2006. Kebetulan untuk sesi tu semua peserta diberi kebebasan untuk pilih tajuk sendiri. Jom baca n hayati sama2.


Dalam hidup ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan seorang sahabat yang memahami kita, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambilkira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu hanya alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri dia alasan memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa...Betapa untungnya kita mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa dia juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi peluang untuk dia menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkannya sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat bersandar bila terasa lemah agar tiada rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang hanya mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga manusia seperti kita. Dia juga punya rasa takut dan bimbang..Dia juga punya rasa sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu!!!

Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang disangka. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH...