Wednesday 22 October 2014

KENALI EBOLA

Penyakit virus ebola (ebola virus disease; EVD) adalah penyakit serius dengan kadar kematian yang tinggi. Penyakit ini boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan seperti kelawar dan monyet.

CARA JANGKITAN
  • Melalui cairan badan individu yang jatuh sakit atau telah meninggal dunia akibat EVD seperti darah, muntah, air kencing dan sebagainya.
  • Cairan badan haiwan yang dijangkiti seperti darah termasuk daging
  • Objek yang tercemar dengan virus ebola seperti jarum suntikan dan peralatan yang digunakan kepada pesakit ebola.

GEJALA JANGKITAN
Dialami bermula 2-21 hari selepas pendedahan:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi
  • Sakit otot
  • Kelesuan
  • Muntah
  • Ruam
  • Cirit-birit
  • Pendarahan

NASIHAT KESIHATAN

  • Amalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
  • Hadkan pergaulan dengan individu sihat sekiranya mempunyai gejala jangkitan. 
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



Tuesday 21 October 2014

CARA NAK PASTIKAN ADA GANGGUAN JIN ATAU TIDAK

Selepas solat maghrib atau isyak

Baca:

1. Istighfar 3x
2. Al-fatihah 1x
3. Selawat Nabi 33x
4. Ayat Kursi 33x

Tanda ketika baca

1. Muntah
2. Kaki tangan menggeletar
3. Rasa benda berjalan dibawah kulit
4. Sesak nafas
5. Menjerit
6. Menangis tanpa sebab
7. Panas di bahagian tengkuk atau muka


Monday 20 October 2014

SUSU MAHAL DAN MURAH. ADA BEZA KE??

tajuk entri macam poyo je kan. sebenarnya bukan niat saya nk beza2kan susu2 yang de kat Malaysia ni. cuma dh banyak kali persoalan ni bermain kat fikiran saya. Alkisahnya Irdina ni umur dah 3 tahun tapi berat badan masih 9kg++. Bayangkan ye..Irham yang nk masuk 9 bln tu pun dh 6kg++. kiranya Irdina ni termasuk dalam katogeri kanak2 kurang zat. Nak wat camner lagi. dia memang tak suka makan nasi melainkan dia lapar sangat2. Itupun 2@3 hari sekali. selebihnya dia akan makan roti, biskut, kuih dan yang sewaktu dengannya. Macam2 cara dah wat untuk influence dia makan nasi tapi hasilnya tetap sama. Alternatifnya dari minum susu Enfagrow saya & en. suami tukar kepada Pediasure seperti yang dicadangkan oleh doktor. Dah try S26 pun x jadi gak. sejak minum pediasure ni dia dh kerap minta susu & rajin makan. Pastu dia makin cerdas & cergas dan makin menunjukkan minat nak belajar.

sejak 2 bulan lepas saya perasan tin besar Pediasure dh dikurangkan beratnya. Dari 1.8kg kepada 1.6kg dengan harga yang sama. Paling murah saya leh dapat RM136.99 kat Darussalam Presint 9. Biasa kat pasaraya RM140-RM150. So, kami pun tukarla kepada Dutch Lady 456 dengan harapan dapat meminimumkan kos perbelanjaan susu setiap bulan. Lgpun Irdina dah besar dan susu sepatutnya bukan lagi makanan utama dia. 


Hasilnya, Irdina hanya minum susu paling banyak pun 2 botol sehari. skali minum 8oz. Pediasure dulu paling banyak dia minum 4-5 botol sehari. Nampak x beza kat ctu?? Pastu aktiviti makan dia tetap sama macam dulu, tak bertambah. Nampak sangat Pediasure tu dia suka berbanding dutch lady. Jadi, bermula hujung bulan ni terpaksala belikan Pediasure utk dia semula. Bimbang juga dia kekurangan zat2 penting. If kurang minum susu tapi makan banyak ok la lg. tapi sekarang susu kurang makan plak masih di tahap sama.

Pediasure, welcome back soon. only the best for you kakak Dina..hehe


Wednesday 15 October 2014

Ruam atau alahan?? Thank you KINGTON ISOTONIK

2-3 minggu lepas leher Irham timbul biji2 merah. belek2 nampak macam ruam. mula2 letak tepung ubi je kat leher Irham macam selalu buat kat Dina n Abg Yun dulu tapi nampaknya tak berjaya. Malam2 Irham asyik garu2 je kat leher dan tak nyenyak tidur. so, bawa g klinik la kan. daptla Calamine cream satu tiub. nampakla perubahan ckit tapi tak lama. Malam2 Irham mula garu2 semula leher dia. Sekali lagi bawa g klinik and this time doktor kata alahan. Irham maybe tak tahan panas. macam2 kan budak2 sekarang. hehe. kali ni dapat hydrocort cream and krim pelembap tapi Irham still duk menggaru. sampai satu tahap kena lap leher dia ngan air suam bagi bersih then baru sapu krim. 

teringat pernah bagi en. suami minum kington isotonik utk kulit kering kat kaki dia. Alhamdulillah de lagi 2ampule. satu ampule 10ml, campurkan dengan 20ml air masak then bagi Irham minum. rasa dia masin ckit sebab tu campur dengan air masak. Kalau dewasa tak perlula nk campur dengan air masak. boleh minum terus je. so far nampak de perubahan. merah2 kat leher Irham tu dah tak merah menyala. kawasan dia pun dah makin mengecil. Hope keadaan semakin baik. 



inilah rupa kington isotonik tu ye. Produk Elken. sape2 yang de masalah macam kulit kering, ekzema, ruam, gatal2, alahan lehla try produk ni. Alhamdulillah kington sangat membantu keluarga saya. walaupun agak mahal tapi InsyaAllah berbaloi dengan nilai yang dibelanjakan (ayat promoter gitu). Tak tau nak cari kat mn leh direct pm/wassup saya. Barang elok pe salahnya kongsi ngan orang lain.