Monday 29 May 2017

RESDUNG DAN ABANG YUN

Resdung dan Abang Yun memang tidak dapat dipisahkan. Hari-hari bersin, gatal hidung dan berair hidung. Tidur pun kadang-kadang berdengkur. Abang Yun ni allegic dengan aircond tapi tiap-tiap malam tidur nak kena on aircond. Kalau tidak tak boleh tidur katanya. Jadinya susahla nak minimumkan kesan resdung dia tu.

Altenatifnya terpaksala Cik Rina bawa Abang Yun ke pusat rawatan resdung. Sebenarnya ini kali ke dua Cik Rina ke sini. Kali pertama dulu Cik Rina cuba set percubaan. 1/2 jam sahaja. Kali ni cuba yang lama sikit 1 jam. Alhamdulillah tidur malam tu dah tak berdengkur☺☺

Cik Rina buat rawatan resdung kat center sis Sarah ni. Rawatan resdung paruna namanya. Guna stick tanpa asap. Boleh intai2 facebook sis Sarah  https://www.facebook.com/sarah.hamid.946  untuk info lanjut. Nak citer panjang lebar Cik Rina tak pandai sangat. hehe


Kuning-kuning kat muka Abang Yun tu adalah hama yang keluar dari muka. Kawasan paling banyak adalah dahi dan pipi Abang Yun. Lepas keluarkan hama pakai masker pula tapi lupa nak snap gambar. Abang Yun kalau kat sini nak sangat pakai masker. Cik Rina nak pakaikan kat rumah terus lari tak nak pakai.  Mmmm, nak suasana ala-ala kat spa jugak rupanya.

Uolls yang ada masalah resdung tu bolehla cuba rawatan ni ye. Tak menyakitkan, relaks2 je. Kesan pun Alhamdulillah. Janganla baru pergi sekali terus fikir boleh baik sebab hama ni 24 jam melekat dengan kita. Kalau resdung teruk mungkin perlu beberapa kali sesi rawatan untuk dapatkan kesan yang optimum.

Wednesday 24 May 2017

Irham dan Basikalnya

Dah lama sangat rasanya tak menulis kat sini. bukan saja berhabuk tapi dah bersawang rasanya blog ni. Nak cerita akhir-akhir ni bila temujanji Irham di hospital Cik Rina dan suami dah mula bawa 'basikal' Irham. Itupun atas nasihat pegawai cara kerja kat hospital tu. Katanya kena biasakan Irham explore semua perkara. Biarkan dia bebas bergerak dan buat apa yang dia suka. Ok, boleh diterima nasihat pegawai tu walaupun pertama kali bawa semua mata asyik pandang-pandang kami. Tak kurang juga yang bertanya.

Jadi, inilah dia 'basikal' Irham. Beli direct from oversea. sebenarnya 'basikal' ni permainan kanak-kanak normal tapi disebabkan ianya boleh dikayuh menggunakan tangan kami convert jadi Irham punya transport. Kadang-kadang dalam hidup ni memang kena kretif sikit kan..hehe. Gunakan apa sahaja yang ada selagi ianya boleh memberi kemudahan kepada Irham. Nak belikan wheelchair macam tak sesuai lagi. Dia baru umur 3 tahun.

Nama 'basikal' Irham ni Cyclone. Boleh tengok kat offical web dia ni ya http://www.radioflyer.com/ macam2 permainan ada tapi Cyclone boleh digunakan untuk kanak-kanak yang tak boleh jalan macam Irham. At least mereka ada something yang boleh di main untuk menggantikan basikal. Harganya bila diconvert ke Ringgit Malaysia dalam RM500++. InsyaAllah tahan lama dan berbaloi digunakan.


Dan ini pula video Irham dengan 'basikalnya'. Dah makin pandai sekarang. Tengah-tengah tu kami letak bantal alas duduk supaya kaki Irham tak jatuh.


Sunday 16 April 2017

Abang Yun Birthday

Kali ni lewat juga sambutannya sebab Cik Rina sibuk uotstation. Tunaikan juga permintaan abang Yun untuk ajak kawan-kawan dia makan kat rumah. Menu ringkas

❤ Kek padang bola dari Bred Time, Bangi
❤ Pizza dari Pizza Hut Delivery. Cik Rina beli pan personal yang promo RM5 satu tu. 
❤ Agar-agar buat sendiri. Mak yang buat untuk cucu dia.
❤ Nuget, kentang goreng masak sendiri oleh Cik Rina. hehe





 Kek Padang Bola






Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama 09 April. Kawan adik Cik Rina.