Friday 29 August 2014

KENALI SPINA BIFIDA

Spina Bifida berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak terbentuk dengan sempurna. Spina Bifida boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

1. Spina Bifida Occulta (tersembunyi) 
    * Pesakit adakalanya tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit ini.
* paling ringan

2. Spina Bifida Meningocele 
     * Jarang berlaku
     * satu sista menyelaputi membran dan ianya mudah pecah
* pesakit mungkin mengalami beberapa ketidakupayaan

3. Spina Bifida myelomeningocele
     * paling serius
     * saraf tunjang rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna
     * terdapat benjolan di belakang badan
     * Memerlukan rawatan segera terhadap benjolan antara 1-3 hari selepas dilahirkan.
     * Pesakit mungkin mengalami masalah mengawal kencing dan kelumpuhan di bahagian tertentu bergantung kepada dimana benjolan itu berada. 
* Pesakit juga kebanyakannya mempunyai hydrochepalus dimana cecair di bahagian otak tidak dapat mengalir keluar dengan sempurna


Tiada sebab khusus bagaimana spina bifida boleh terjadi. Bagaimanapun kebanyakan pakar perubatan percaya ianya terjadi disebabkan KURANG ASID FOLIK semasa mengandung. Dos asid folik yang disarankan adalah 400mcg (0.4mg)/days. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami spina bifida atau pernah melahirkan anak yang menghidap spina bifida dos asid folik yang disarankan adalah 4000mcg (4.0mg) antara satu hingga tiga bulan sebelum mengandung.



Tuesday 26 August 2014

Ceritera Syawal Irham

Raya Ketiga (Rabu) 30/7/2014
Irham asyik merengek tapi saya tak amik kisah sangat. Biasala kalau budak wat perangai. Saya sibuk nak g beli barang untuk buat makan2 malam ni. Siap beli barang sampai umah dlm pukul 1 tengahari. Irham muntah bila bagi susu. Kepala Irham pun nampak bulging. Kata En hubby Irham tidur je dari saya kuar sampaila saya balik.  Tolong siapkan bahan2 nak masak. Pukul 4.30 petang bawa Irham pergi kecemasan HTAA.

Sampai je terus masuk zon kuning. Doktor kata mungkin shunt Irham tersumbat. Memang cuak bila Doc cakap camtu. Buat xray n ct scan. Doc konfemkn mmg tersumbat. sebab taknak wat review shunt kat HTAA terus balik umah amik barang nak balik KL. Abg Yun n Kakak Dina tinggal je kat kg. nanti balik KL ngan tok n mak su.

Raya Keempat (Khamis) 31/7/2014
Ke kecemasan HKL berbekalkan surat rujukan dan ct scan dr HTAA. Lagi skali kena buat shunt series xray. Doc kata nampak macam ok. lagipun Irham nampak ok. So, boleh pilih nak warded or balik umah. of coursela nak balik umah. Doc pun kata Irham ok kan.

Raya Keenam (Sabtu) 2/8/2014
Pagi ni kepala Irham bulging lagi. lepas tekan2 kat tempat shunt macam selalu buat tu Irham ok. Tunggu adik ipar sampai nak beraya. Diaorg on thew way nak balik JB. Lepas diaorg balik ajak en hubby g HKL. Walaupun bulging kat kepala Irham dh ok tapi still risau. 

ADMIT WARD - memang dah agak pun kna admit. so, tidola Ummi n Irham kat hospital bermula hari ini.

Raya Ketujuh (Ahad) 3/8/2014
Irham mula merengek start kul 1 pagi. Kepala Irham mula bulging lagi. Try tekan2 kat shunt Irham tapi macam tak berapa nak jadi. Keras je. bagi tau  nurse n diaorg inform doktor. Konfem shunt Irham tersumbat. Kul 3 petang Irham dibawa ke dewan bedah. Kena operate untuk review shunt. Mmm, baru je 5 bulan lepas masukkan shunt sekarang kena review lagi. Kesian Irham.
Irham sebelum operation. Relaks je kan muka dia. Ummi dia ni yang tak tentu arah. Alhamdulillah. Lebih kurang kul 6 petang semua settle. Ikut nurse pergi amik Irham kat dewan bedah. Macam tak percaya Irham sangat ok. tak pakai oksigen. Pastu boleh dukung je bawa naik wad. You're so strong Irham. Ummi kuat sebab tengok Irham kuat.
After operation

Buka balutan kat kepala pada hari ketiga selepas operation. Biasa dah boleh discaj tapi sebab jahitan kat kepala Irham berdarah masa buka balutan terpaksa la stay lagi sampai buka jahitan. Doktor kata takut leaking. Ummi dia ni memang cuak bila doktor cakap camtu. Semoga Allah mudahkan urusan Irham. Redha jela kena duduk hospital lagi 4 hari.
kena tampal plaster ckit coz berdarah lepas buka balutan

Discaj pada hari ketujuh selepas doktor buka jahitan. Senang sikit hati bawa Irham balik rumah.

Raya Keenam belas (Selasa) 12/8/14
Sekali lagi diuji oleh Allah. Lebih kurang kul 7 petang Irham merengek2. Ingtkan nk susu tapi bila bagi susu tak minum pun. Rupanya kepala Irham bulging lagi. Macam sesak je nafas tengok Irham macam tu. Terdetik dalam hati. Takkan la shunt Irham tersumbat lagi. Baru je discaj dua hari. Baru je tukar yang baru seminggu lepas. Packing barang terus gerak ke HKL. Again, doktor konfemkan shunt Irham tersumbat lagi. Allah je tahu camner perasaan waktu tu. Tersumbat means Irham kena wat operation lagi sekali. Prosedur yang sama macam seminggu lepas. 

Raya Kesembilan belas (Jumaat) 15/8/2014
Irham dibawa turun ke dewan bedah kul 9 pagi. Memang lega and bersyukur sangat coz jadi operation pagi ni selepas 2 hari Irham berpuasa tapi operation postponed. Hari Rabu 14 jam Irham puasa (4am-6pm). Hari Khamis 20 jam(4am-12tgh mlm)
 
Irham pun mesti takut nak kna masuk bilik bedah lagi

Operation selesai kul 12tghr. Kali ni nampak Irham macam tak bermaya. Malam Irham demam. Suhu 38++. Agak tinggi n buatkan ummi risau. Irham pun asyik merengek & tak berapa lelap nak tido. Mujur adik temankan sekali kat hospital. Boleh gilir-gilir tengokkan Irham.

Raya Kedua puluh (Sabtu) 16/8/2014
Irham nampak makin aktif. Demam pun dah kurang.

Raya Kedua puluh satu (Ahad) 17/8/2014
Alhamdulillah. Doktor kata boleh balik rumah hari ni. Plaster kat kepala pun dah cabut. Jarum kat tangan pun dah cabut. Siap semua dokumen kami pun balik. Semoga tak kembali lagi ke wad neuro ni dalam masa terdekat.

AYAM BAKAR SAMBAL HIJAU




Ayam Bakar Sambal Hijau

Bahan-bahan:

4 ketul ayam

1 1/2 sudu besar sambal hijau - Kalau suka pedas boleh lebihkan sambal hijau ni ya
Kunyit
Garam
Perap semua bahan bersama ayam selama 10-15 minit then bakar;) Memang best. Bakar ikan pun sama. Next time saya share lagi resepi yang gunakan sambal hijau ni.
Nk try sambal hijau?? 
sms/wassup 0129459952