Wednesday 5 February 2014

HARI-HARI BABY TANPA UMMI

1 Februari 2014 - Baby demam. Doktor terpaksa tangguhkan operation untuk tutupkan spinal cord yang terbuka.

 2 Februari 2014 (3rd day of life) - Baby sebelum dan selepas operation tutupkan spinal cord yang terbuka.







Tuesday 4 February 2014

Anugerah Terindah

30 Januari 2014

Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saat mendengar tangisannya. Anugerah istimewa untuk kami sekeluarga. Walaubagaimanapun keadaannya saya pasrah dan redha.

Seawal 6.30 am nurse beritahu suruh siap2 untuk operation. Debarnya hanya Allah yang tahu biarpun ini bukan pertama kali nk kena bersalin secara operation. Sampai kat dewan bedah doktor pakar kanak2 beritahu terpaksa postponed operation coz tiada inkubator kosong di NICU. Kalau ikutkan hati nak je luahkan rasa tak puas hati kat situ. Nak jerit, nak marah semua orang kat situ. Everything done. Segala macam surat kebenaran dh sign. Macam mana keadaan ni boleh jadi sedangkan operation dh plan hampir 2 minggu yang lalu. Of course my baby perlukan inkubator untuk elakkan infection. Betul2 stress dibuatnya!!! SABAR JELAH 

Kat wad minta discaj dengan doktor sebab plan untuk operation semula pada 4 Februari 2014. Nk wat pe kan duduk lama2 kat hospital. Lagipun cuti panjang sempena Chinese New Year. Sempat lagi nk g jalan2. Dalam kul 12 lebih husband sampai, settlekan urusan discaj terus ke Giant Seri Kembangan. Jalan2 dengan anak2 kononnya. Haha

Tapi perancangan Allah melebihi segalanya. Tengah sibuk pusing2 dalam Giant perut makin lama makin sakit. Terus g toilet n konfem..Nk bersalin dah ni. Apalagi, cepat2 angkut anak2 masuk kereta then terus ke hospital semula.

4cm jalan dah buka. Memang kelam kabut doktor kat dewan bersalin tu coz baby memang tak boleh keluar secara normal. Wajib operation juga. If operation pagi tadi tak tangguh mesti keadaan tak macam ni. Akhirnya jam 5.15 pm saya pun selamat lahirkan baby boy seberat 2.78kg secara LSCS. Alhamdulillah...


Lebih kurang jam 11 malam baby dh selamat sampai ke HKL ditemani abahnya untuk prosedur seterusnya. Tinggallah saya sorang diri kat Hospital Putrajaya. 

Special thanks to Dr. Vidya because you're awesome. Dia datang jumpa saya di wad, terangkan keadaan baby, tenangkan saya dan tunjukkan saya gambar baby sebab saya memang tak berpeluang langsung untuk tengok rupa baby. Her words full of spirit. Many thanks to you doctor!!!