Monday 22 September 2014

DINA DAN KEK FROZEN

21 September 2014 - Alhamdulillah umur Dina genap 3 tahun. Biarpun kurus kering macam budak tak cukup zat tapi pemikiran seiring usia. banyak cakap. banyak tanya. Paling tak tahan kuat merajuk. Lebih2 lagi bila pakwe dia buat tak tahu atau kurang beri perhatian. Siapa pakwe dia??? of course la abah dia. kadang saya rasa macam bermadu plak (statement x hingat kan). asal manja2 ckit ngan en hubby mula la Dina wat muka dan merajuk. Igtkan masa kecik2 dulu je. Rupanya sampai sekarang sama je. Nasibla kan bermadu ngan anak sendiri. Haha
Nilah kek besday Dina. Ckup lengkap dengan patung watak2 dalam citer frozen tu. Bukan fondant ye patung2 tu. Tak boleh makan tapi leh wat main. En hubby kata kita kira pakejla ni. Kek + hadiah besday. Hehe. Kek ni beli yang dah siap je. Kat Bread Time Bangi. Alhamdulillah jumpa juga kedai kek yang ownernya orang Islam. Biasa kedai kek sume non-muslim kan. Sape2 yang tak tau nak dptkan kek hasil air tangan orang Islam bolehla tengok2 kat Bread Time Bangi. Roti2 pun banyak kat situ. Hujung entry ni de alamat kedai diaorg ye...

Dalam cbuk hepi2 meraikan besday Dina rupanya de seorang budak menjeruk rasa, tak puas ati. Sebab?? Besday dia dulu saya belikan kek biasa je. Tak puas ati Dina dapat kek frozen. Ajak tiup lilin & potong kek skali pun taknak. Kat mulut sibuk bebel kata kek Dina tak cantik and tak sedap. Tak tahan nak gelak dalam  tak sedap tu banyak juga dia makan. Hehe

Nur Irdina Insyirah
Besday Girl 
Budak baju kuning membawa diri. Tak puas hati Dina dapat kek frozen. Huhu
Macam2 ragam anak2. Apapun semoga mereka semua menjadi anak yang soleh and solehah. Berjaya dunia dan akhirat.


Bread Time Bakery
12-G-01, jalan Medan Pb2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Friday 19 September 2014

AYAM BAKAR BERSOS LEMON

Balik keje semalam badan rasa penat dan letih sangat. Perut pun asyik berkeroncong je walaupun tengahari dah makan. Risau gak coz sejak dua menjak ni asyik lapo sampai tahap nak menggigil. Try cek gula takut rendah ke tapi ok je. Dek kerana lapar buka peti ais tapi xde pepun yang boleh dimakan. Semua nk kna masak dulu. Lauk2 yang de sume keras macam batu. Nasibla de ayam yang dah siap letak garam & kunyit. Tapi baru semalam makan ayam goreng. Ayam masak kicap & masak merah dah selalu sangat. Last2 amik bawang & sambal hijau 2 sudu. Blend pastu gaul kan dengan ayam tadi. Wat ayam bakar je. Kalu nak tahu resepi ayam bakar guna sambal hijau leh tgk sini. AYAM BAKAR SAMBAL HIJAU. Sambil tggu ayam bakar masak wat sos lemon. 

SOS LEMON
Bahan-bahan:

3 sudu besar jus lemon
2 sudu besar mentega
1 cawan susu cair - biasa guna full cream tapi dh xde stok guna jela pe yang ada.
1 sudu besar tepung jagung - untuk pekatkan sos
Serbuk lada hitam - optional
Garam - jika perlu

Cara masak:
Panaskan mentega. Masukkan susu cair/full cream. Biar mendidih. Masukkan jus lemon dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga agak pekat dan SIAP.
Bakar ayam dalam kuali atas dapur gas je ye:) 





Thursday 18 September 2014

JOM BUAT BAJET

Last week saya attend kursus pengurusan kewangan peribadi. Banyak la ilmu2 yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan taraf ekonomi sendiri. Sebenarnya banyak perkara dan tips yang diberi kita dah sedia maklum. Cuma inisiatif diri sendiri la sama ada nak buat atau tak. Antara yang diperkatakan adalah buat bajet sebelum kita dapat gaji or lebih senang faham sebelum gaji wujud kat akaun bank kita. Camner nak buat bajet? Tak susah sebenarnya. Ala2 bajet yang PM kita selalu bentang kat parlimen tu je. hehe. Apa yang penting kena simpan 10%-30% daripada pendapatan sebagai simpanan kita. Part ni yang selalu kita tak buat. Biasanya belanja dulu baru simpan. The best way ialah SIMPAN baru belanja.Saya pun tengah berusaha kearah simpan dulu baru belanja.Bukan tak pernah buat tapi kadang2 de gak bulan yang termiss untuk simpan. So, dicadangkan untuk kita membuat potongan gaji bagi memastikan kita kekal menyimpan setiap bulan. Bagi yang bekerja sendiri memang kena istiqamah la dalam membuat simpanan. Dan pastikan kita menyimpan di tempat/bank yang susah untuk kita withdraw duit like Tabung Haji or ASB. Kalau tak xde maknanya kita buat potongan gaji then hujung bulan sebelum gaji kita dah korek duit tu untuk wat belanja melainkan untuk perkara yang betul2 perlu.

1. Senaraikan semua pendapatan
  • Gaji
  • Hasil dari perniagaan sampingan dan lain2
2. Senaraikan semua belanja. Belanja boleh dibahagikan kepada 3 katogeri iaitu:
  • Belanja Tetap - Belanja yang wajib dibayar setiap bulan. Contohnya ansuran kereta, ansuran rumah, yuran sekolah/taska/pengasuh anak.
  • Belanja Boleh Ubah - Belanja yang boleh kita kawal seperti bil utiliti (elektrik, air), kad kredit dan lain2 yang difikirkan sesuai 
  • Belanja Budi Bicara - Belanja yang boleh dielakkan atau dibuat sekiranya kita mempunyai lebihan bajet. Contohnya pergi bercuti, shopping pakaian, beg tangan & etc, beli mainan anak dan lain2.
Ini adalah contoh bajet yang saya buat. Saya gabungkan income suami isteri dalam satu bajet. Terpulang pada diri sendiri bagaimana kita nak olah bajet kita.Ni contoh je ye..




Wednesday 10 September 2014

BALIK KAMPUNG

Wah, macam best jekan. Cuti hujung minggu pun sibuk nak balik kampung. Sebenarnya sepupu kawin Sabtu lepas. Alhamdulillah kali ni dapat balik meraikan hari bahagia diaorang. Sepupu yang kawin 16/8 ari tu tak dapat balik coz Irham masuk wad.

Nak dijadikan cerita rupanya pengantin perempuan tu pernah satu sekolah ngan saya. What a small world!! Taknak citer banyak jom layan gambar2 sepanjang wedding diaorang ni. Yang ni gambar acara batal air sembahyang lepas akad nikah on 6 September 2014. Jangan tanya mana gambar akad nikah coz tak sempat snap. Sibuk layan anak-anak yang berlari ke sana ke mari. hehe



Yang ni pula ragam kat kampung kami. Rumah pengantin lelaki on 7 September 2014. Pengantin tak ade  bergambar sangat. Orang lain yang sibuk. haha

Selawat sama-sama sebelum bergambar. Diaorang tak sanding. Pelamin tu just untuk bergambar je:)
Makan dulu yuk!!!

Pencuci mulut hasil tangan kerasku
Ni je yang mampu tolong. Nak masak lauk pengantin tak berapa nak pandai. Haha

Irham & Abahnya
Dukung jela kerjanya coz tak berapa sihat. Dari semalam demam.

Abg Yun, Dina & Mak Usu nya  

Pengantin lapuk yang masa kawin dulu xde pelamin.
Sibuk nak melaram kat pelamin orang 


p/s: Pelamin ni wat sendiri tau. Hasil tangan adik pengantin. Kalu sape2 area Kuantan yang nk dapatkan khidmat sepupu saya ni leh contact saya ye. Nanti sy bg no phone dia. InsyaAllah ada masa sy upload gambar2 hasil kerja dia.



Friday 5 September 2014

OH JANTUNGKU!!


gambar credit to google

Sakit jantung adalah antara penyakit utama di Malaysia yang menyebabkan kematian. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada penyakit ini. Namun, dalam kebanyakan keadaan kita sebenarnya berpeluang untuk hidup dengan jantung yang sihat. Antara tips yang boleh diamalkan:-



1. Berhenti merokok
Merokok boleh memekatkan darah dan meningkatkan kecenderungannya untuk membeku. Darah beku dalam arteri menuju jantung boleh menyebabkan serangan jantung. Pembekuan darah dalam arteri ke otak boleh menyebabkan strok.

2. Makan secara sihat
Kurangkan daging dan makanan berlemak. Lebihkan sayuran, ikan dan buah-buahan.

3. Kawal berat badan
Kekalkan berat badan ideal.Lebihan berat badan meletakkan bebanan pada jantung.

4. Selalu bersenam
Luangkan 30 minit untuk berjalan dan menaiki tangga. Jadikan aktiviti kegemaran anda seperti berenang  atau berkebun sebagai aktiviti wajib setiap minggu.

5. Kawal tahap kolestrol
Kurangkan pengambilan kuning telur dan organ dalaman haiwan kerana makanan ini mengandungi kolestrol yang tinggi.

6. Bebaskan diri dari kerunsingan
Sentiasa tenang dalam apa jua situasi. Mereka yang agresif dan tidak sabar cenderung mendapat sakit jantung. 

7. Periksa sekiranya mempunyai diabetes
Penghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sakit jantung. Oleh itu, kawal pemakanan anda dengan baik.

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan
Berjumpa doktor sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh walaupun anda merasakan diri anda sihat.



Sumber: Berita Harian

Thursday 4 September 2014

TIPS MENANGANI JERAWAT

Jerawat memang musuh utama orang perempuan tak terkecuali lelaki. Tak kira remaja atau dewasa. Memang stress kalau tiba2 muncul jerawat kat muka. Penjagaan kulit muka yang betul penting dalam menangani masalah jerawat. Beberapa tips yang boleh diamalkan oleh kita dalam membantu mengelakkan jerawat beraja di muka. 

* jangan picit
* jangan sentuh
* jangan terlebih cuci
* makan secara sihat
* Mandi selepas bersenam

Gambar dan tips credit to KKM

Tuesday 2 September 2014

SAMBAL HIJAU IKAN BILIS DAN TEMPE

Resepi ringkas dan mudah

Bahan-bahan

3 sudu sambal hijau sodapp (kalau suka pedas tambah lagi ya)

Sekeping tempe (yang bese jual  kat kedai runcit tu)
300 gram Ikan bilis
Bawang besar
Gula nisan - optional (letak sebab en.suami tak tahan pedas) 

Bawang besar dan Gula Nisan


Cara Masak
* Gorengkan tempe dan ikan bilis




 * tumiskan sambal hijau dengan sedikit minyak sahaja

 * masukkan gula nisan. Letak sedikit air (xnak bagi sambal kering sangat)
* masukkan ikan bilis dan tempe. Kacau rata
* masukkan bawang. masak sehingga layu


SIAP!!!
SELAMAT MENCUBA