Sunday 13 July 2014

DAFTAR OKU

Untuk anak semuanya boleh. Walaupun saya ni termasuk dalam katogeri manusia yang tak minat berurusan dengan pejabat kebajikan tapi untuk masa depan Irham saya pergila juga follow En. Husband. Bukanlah saya nak mendabik dada tapi selagi mampu saya akan cuba sediakan yang terbaik untuk anak2.

Sebelum mengarut banyak sangat jom tengok  cara nak daftarkan OKU

1. Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya. Boleh download terus dari web Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor atau leh dapatkan dari Jabatan Sosial yang ada di setiap Hospital Kerajaan.

2. Salinan surat beranak atau salinan kad pengenalan pemohon

3. Gambar ukuran pasport 2 keping. Latar belakang biru. In case pemohon masih baby, boleh baringkan baby atas kain warna biru, amik gambar bhgn muka. Guna telefon pun boleh macam saya n En. Husband buat. Lagipun skrg semua dh guna hp canggih kan. Then, bawa ke kedai gambar n minta diaorg cucikan ikut ukuran pasport. SIAP.



4. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Kebajikan yang berdekatan bersama 2 keping gambar. Petugas kat kaunter akan bagi slip permohonan  tanda borang dah diterima. Nanti Pej. Kebajikan akan hantar surat untuk kutip kad dalam tempoh sebulan.