Wednesday 24 May 2017

Irham dan Basikalnya

Dah lama sangat rasanya tak menulis kat sini. bukan saja berhabuk tapi dah bersawang rasanya blog ni. Nak cerita akhir-akhir ni bila temujanji Irham di hospital Cik Rina dan suami dah mula bawa 'basikal' Irham. Itupun atas nasihat pegawai cara kerja kat hospital tu. Katanya kena biasakan Irham explore semua perkara. Biarkan dia bebas bergerak dan buat apa yang dia suka. Ok, boleh diterima nasihat pegawai tu walaupun pertama kali bawa semua mata asyik pandang-pandang kami. Tak kurang juga yang bertanya.

Jadi, inilah dia 'basikal' Irham. Beli direct from oversea. sebenarnya 'basikal' ni permainan kanak-kanak normal tapi disebabkan ianya boleh dikayuh menggunakan tangan kami convert jadi Irham punya transport. Kadang-kadang dalam hidup ni memang kena kretif sikit kan..hehe. Gunakan apa sahaja yang ada selagi ianya boleh memberi kemudahan kepada Irham. Nak belikan wheelchair macam tak sesuai lagi. Dia baru umur 3 tahun.

Nama 'basikal' Irham ni Cyclone. Boleh tengok kat offical web dia ni ya http://www.radioflyer.com/ macam2 permainan ada tapi Cyclone boleh digunakan untuk kanak-kanak yang tak boleh jalan macam Irham. At least mereka ada something yang boleh di main untuk menggantikan basikal. Harganya bila diconvert ke Ringgit Malaysia dalam RM500++. InsyaAllah tahan lama dan berbaloi digunakan.


Dan ini pula video Irham dengan 'basikalnya'. Dah makin pandai sekarang. Tengah-tengah tu kami letak bantal alas duduk supaya kaki Irham tak jatuh.


No comments:

Post a Comment