Wednesday 18 March 2015

P.E.N.A.T

hahaha..macam poyo je buat tajuk camtu kn. macamla org lain tak penat. tapi seriously saya memang sangat penat beberapa hari ni. Jumaat balik dari outstation kat Ipoh. sampau rumah dalam pukul 2 lebih. layan anak2 sampai ke malam.

Sabtu 14/3 member dari Kuala Lipis datang bertandang ke rumah. Dah lama tak jumpa okey. 10 tahun kalau tak silap. Nurul datang dengan mak and anak dia sorang. Pukul 11 pagi pergi amik dia kat stesen bas pekeliling. sampai umah masak ala kadar. lepas mkn sembang sakanla kami. mak dia sembang ngan mak saya. anak dia main ngan ngan abg yun & kakak dina. Irham en. suami yang jaga. nasib dapat en.suami yang memahami..hehe. dalam kul 4 camtu adik dia datang amik. jangan tak tau Nurul ni ada wat bisnes kuih karipap frozen. sape yg nak order leh direct contact dia. Dia jugak ada buat Sambal Hitam yg hangat diperkatakan sekarang ni. Rasanya sedap. cukup rasa. tak pedas sangat. Nak cuba leh jenguk2 blogshop saya ye. tak mahal pun. RM8  je sebekas (125g).

Ahad 15/3 xde plan nak pergi mana2. ingat nak berehat kat rumah je. baju balik dari outstation pun tak berbasuh lagi. tengah relax2 tiba2 adik g tau mak angkat dia dari Penang nak datang. OMG, kat dapur tu xde barang dah rsnya untuk jamu tetamu. lepas untuk kami sekeluarga je. siap kemas rumah, siap2 g Mydin presint diplomatik. plannya nak buat mee rebus Johor. siap shopping dah kul 12 tghr. terus sinsing lengan baju masuk dapur. dalam duk cbuk memasak cousin dari Pahang plak call bagi tau nak datang rumah. again, rasa macam nak pengsan. suka sangat org nak datang rumah tapi saya memang PENAT. hahaha

adik keluar amik mak angkat dia kat Ampang kul 1 lebih. tinggal kat dapur sorg2 siapkan apa yang belum selesai. settle semua, solat Zohor, baring2 jap. cousin call g tau dh sampai kat Bentong and minta tolong amik kat tol Gombak coz tak tau jalan. so, kul 4 kuar ngan en. suami amik diaorg. pergi balik jalan jem. kul 6.30 ptg baru sampai rumah. Orang Penang dah siap2 nak balik Penang. badan pun dah rasa lembik semacam je coz pg tadi je jamah makanan. kereta org Penang gerak balik je terus ajak cousin plak mkn. tetamu slow je makan, tuan rumah ni yang gelojoh semacam. Lapar kot..

ingtkan diorg nak menginap kat rumah. rupanya nak lek kuantan semula. lps isyak bawa pusing2 putrajaya jap then hantar diaorg semula ke gombak. done for today. lek rumah terus terbaring kepenatan hingga ke pagi.

Isnin 16/3 dengan semangat yang membara nak buka saving acct Maybank coz customer asyik tanya je nape xde acc maybank.so, rehat tghr g la ke Maybank. nak tau x apa jadi...

Branch 1 (dekat perbadanan putrajaya) : isi borang je ari ni.esk dtg semula utk deposit duit & amik kad dan buku akaun. Minta borang katanya kalu konfem nk buka account kat ctu baru dia bg. Kalu nk buka tpt lain x boleh coz borang lain2. oleh kerana malas nak datang esok pecutla ke Bangi dgn harapan dpt settlekn semua on the same day.



Branch 2 (sblh pej pos bangi, x igt seksyen brp): nombor utk buka akaun dh abis.dtg esk ye.pagi..mm, kalu urusan ASB tu pahamla nombor abis..ni nk buka account maybank kot.dh la x mesra pelanggan.lum abeh tya dh entertain customer lain. sakit pulak hati kita ni...

Branch 3 (sblh aeon kredit bangi): sori, sistem tergendala..lain2 branch guna sistem lain2 ye? Yang 2 td ok je sistem.x tergendala pn. Saje minta borang & tanya leh guna utk semua branch ke? Katanya boleh..konfius jap..branch 1 td kata borang dia leh guna kat ctu je..

Kesimpulannya, dh malas nk berurusan dgn maybank..asyik baca kat wall fb & paper duk kata servis gov ntah pape. See, servis private yang kononnya hebat sangat pun ntah pape gak. inilah yang membuatkan saya P.E.N.A.T

Selasa 17/3  en.suami de bagi tau nak amik kawan dia dari sg. petani kul 6 pagi. igtkn kawan dia dtg sorang rupanya bawa wife dia skali. nak ke imigresen putrajaya. siap2 g keje then terus hantar diaorg ke imigresen. kul 11.30 en.suami call kata semua dh settle. nak hantar diaorg lek rumah. macam tak sopan la plak biarkan tetamu kat rumah kan. last2 nya amik cuti la senang. Sampai rumah siapkan mkn tghr. lepas mkn sembang2. Kul 3 cakap kat en.suami nk keluar coz nk g pej.pos  and COD barang customer kat MPOB & precint 5. bawa abg yun & kakak dina. siap singgah pasar malam jap. sampai umah dah kul 5.30 ptg. tetamu pun dah balik. g rumah adik dia kat KL. 

kesimpulannya SAYA SANGAT PENAT dan yang buatkan lagi penat weekend ni class dah mula. huhu




No comments:

Post a Comment