Friday 5 September 2014

OH JANTUNGKU!!


gambar credit to google

Sakit jantung adalah antara penyakit utama di Malaysia yang menyebabkan kematian. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada penyakit ini. Namun, dalam kebanyakan keadaan kita sebenarnya berpeluang untuk hidup dengan jantung yang sihat. Antara tips yang boleh diamalkan:-



1. Berhenti merokok
Merokok boleh memekatkan darah dan meningkatkan kecenderungannya untuk membeku. Darah beku dalam arteri menuju jantung boleh menyebabkan serangan jantung. Pembekuan darah dalam arteri ke otak boleh menyebabkan strok.

2. Makan secara sihat
Kurangkan daging dan makanan berlemak. Lebihkan sayuran, ikan dan buah-buahan.

3. Kawal berat badan
Kekalkan berat badan ideal.Lebihan berat badan meletakkan bebanan pada jantung.

4. Selalu bersenam
Luangkan 30 minit untuk berjalan dan menaiki tangga. Jadikan aktiviti kegemaran anda seperti berenang  atau berkebun sebagai aktiviti wajib setiap minggu.

5. Kawal tahap kolestrol
Kurangkan pengambilan kuning telur dan organ dalaman haiwan kerana makanan ini mengandungi kolestrol yang tinggi.

6. Bebaskan diri dari kerunsingan
Sentiasa tenang dalam apa jua situasi. Mereka yang agresif dan tidak sabar cenderung mendapat sakit jantung. 

7. Periksa sekiranya mempunyai diabetes
Penghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sakit jantung. Oleh itu, kawal pemakanan anda dengan baik.

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan
Berjumpa doktor sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh walaupun anda merasakan diri anda sihat.



Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment