Thursday 18 September 2014

JOM BUAT BAJET

Last week saya attend kursus pengurusan kewangan peribadi. Banyak la ilmu2 yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan taraf ekonomi sendiri. Sebenarnya banyak perkara dan tips yang diberi kita dah sedia maklum. Cuma inisiatif diri sendiri la sama ada nak buat atau tak. Antara yang diperkatakan adalah buat bajet sebelum kita dapat gaji or lebih senang faham sebelum gaji wujud kat akaun bank kita. Camner nak buat bajet? Tak susah sebenarnya. Ala2 bajet yang PM kita selalu bentang kat parlimen tu je. hehe. Apa yang penting kena simpan 10%-30% daripada pendapatan sebagai simpanan kita. Part ni yang selalu kita tak buat. Biasanya belanja dulu baru simpan. The best way ialah SIMPAN baru belanja.Saya pun tengah berusaha kearah simpan dulu baru belanja.Bukan tak pernah buat tapi kadang2 de gak bulan yang termiss untuk simpan. So, dicadangkan untuk kita membuat potongan gaji bagi memastikan kita kekal menyimpan setiap bulan. Bagi yang bekerja sendiri memang kena istiqamah la dalam membuat simpanan. Dan pastikan kita menyimpan di tempat/bank yang susah untuk kita withdraw duit like Tabung Haji or ASB. Kalau tak xde maknanya kita buat potongan gaji then hujung bulan sebelum gaji kita dah korek duit tu untuk wat belanja melainkan untuk perkara yang betul2 perlu.

1. Senaraikan semua pendapatan
  • Gaji
  • Hasil dari perniagaan sampingan dan lain2
2. Senaraikan semua belanja. Belanja boleh dibahagikan kepada 3 katogeri iaitu:
  • Belanja Tetap - Belanja yang wajib dibayar setiap bulan. Contohnya ansuran kereta, ansuran rumah, yuran sekolah/taska/pengasuh anak.
  • Belanja Boleh Ubah - Belanja yang boleh kita kawal seperti bil utiliti (elektrik, air), kad kredit dan lain2 yang difikirkan sesuai 
  • Belanja Budi Bicara - Belanja yang boleh dielakkan atau dibuat sekiranya kita mempunyai lebihan bajet. Contohnya pergi bercuti, shopping pakaian, beg tangan & etc, beli mainan anak dan lain2.
Ini adalah contoh bajet yang saya buat. Saya gabungkan income suami isteri dalam satu bajet. Terpulang pada diri sendiri bagaimana kita nak olah bajet kita.Ni contoh je ye..




No comments:

Post a Comment