Friday 19 September 2014

AYAM BAKAR BERSOS LEMON

Balik keje semalam badan rasa penat dan letih sangat. Perut pun asyik berkeroncong je walaupun tengahari dah makan. Risau gak coz sejak dua menjak ni asyik lapo sampai tahap nak menggigil. Try cek gula takut rendah ke tapi ok je. Dek kerana lapar buka peti ais tapi xde pepun yang boleh dimakan. Semua nk kna masak dulu. Lauk2 yang de sume keras macam batu. Nasibla de ayam yang dah siap letak garam & kunyit. Tapi baru semalam makan ayam goreng. Ayam masak kicap & masak merah dah selalu sangat. Last2 amik bawang & sambal hijau 2 sudu. Blend pastu gaul kan dengan ayam tadi. Wat ayam bakar je. Kalu nak tahu resepi ayam bakar guna sambal hijau leh tgk sini. AYAM BAKAR SAMBAL HIJAU. Sambil tggu ayam bakar masak wat sos lemon. 

SOS LEMON
Bahan-bahan:

3 sudu besar jus lemon
2 sudu besar mentega
1 cawan susu cair - biasa guna full cream tapi dh xde stok guna jela pe yang ada.
1 sudu besar tepung jagung - untuk pekatkan sos
Serbuk lada hitam - optional
Garam - jika perlu

Cara masak:
Panaskan mentega. Masukkan susu cair/full cream. Biar mendidih. Masukkan jus lemon dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga agak pekat dan SIAP.
Bakar ayam dalam kuali atas dapur gas je ye:) 





No comments:

Post a Comment