Monday, 16 March 2015

TRUE STORY ABOUT SPINA BIFIDA

tak tau nak wat pe kat opis pagi tadi. this week keje tak banyak sangat. hanya nak siapkan report outstation minggu lepas. so, tangan ni gatal la google info kat internet berkaitan spina bifida. memang rutin pun google info pasal spina bifida ni time free. sebagai mak yang ada anak spina bifida info2 ni sangatla berguna dalam urusan seharian saya.

but sorry to say if kita search spina bifida kat google tu kebanyakan info adalah dari oversea. agaknya rakyat Malaysia ni memang tak suka sangat menulis informasi yang berguna. kalau jadi keyboard warrior rajin plakkan..haha. kalau ada pun tulisan tentang spina bifida kebanyakannya sebab nak promote produk. Kadang tu saya rasa diaorg pun tak faham sangat pun apa yang dia tulis. takpela, just ignore je semua tu.

juat nak share beberapa blog  yang boleh kembalikan semangat dan berikan inspirasi  dengan mereka2 yang rasa down bila doktor diagnos baby or anak or anda sendiri de spina bifida. so far de 2 blog ni yang saya suka sangat baca story dia. nanti de lg sy update ye. atau anyone yang tau blog2 yg supportive macam ni leh tinggalkan link kat comment.tq





OUTSTATION JB - 22-27.02.15

First time outstation untuk tahun 2015. lain macam plak rasanya tinggalkan budak bertiga tu. This time ke Johor Bahru. Tempat bermalam untuk seminggu ni...tadaa

yang dah biasa ke JB mesti tau hotel ni. antara hotel2 yang popular kat JB. yang bestnya tentang hotel adalah bilik dan bilik air dia yang boleh dikatogerikan  agak luas berbanding hotel2 lain. sangat sesuai untuk mereka2 yang nak bawa family. Makanan pun boleh tahan. so far so good la bila menginap kat cni.

this time sebenarnya working trip yang ke 4 kalu x silap ke JB. pernah stay kat Hotel Selesa, KSL Hotel & hotel yang kat the zone tu ( x igt nama pe) but Paragon is the best.hehe

Kali ni sempatla jln2 cari makan kat sekitar JB coz de sorg member ni bawa kereta. saya? Naik flight ngan another fren. haha


KACANG POOL HAJI

Glamour kan kacang pool haji ni kat JB. so, kami pun tryla. SEDAPP. mmg MABELES.

satu set ada kacang pool dan roti bakar 
Kacang pool kambing 
roti bakar yang sangat rangup

Kalau yang tak makan daging kambing boleh amik yg ayam ye..pisang cheese pun ada kat cni tau tapi kami lebih teruja nak cuba menu kat atas ni.Lawan plak ngan kopi panas memang kaww..haha

ZZ SUP TULANG

ZZ sup tulang ni pun femes gak kan. tak jauh sangat kalau dari hotel kami menginap tu. yg x tau jalan leh waze or google je..konfem jumpa. tak pun cari sign board JKR. dekat juga ngan Hospital Sultanah Aminah.

HUTAN BANDAR

nama je hutan bandar tapi bukan dalam hutan pun. pe yang best kat cni? mmm, menu nya sume western. lamb chop, chicken chop, beef steak. yang wat dia special ialah harganya. chicken chop rm5 je...lamb chop rm12. range harga below RM20. mmg berbaloi la mkn kat cni. plak2 kalu bawa family. rasa pun boleh tahan. gambar xde sbb mknan sampai je terus ngap..hehe

Friday, 6 March 2015

WEDDING MEMBER - 21.02.2015

Kenduri kawin member seangkatan part time study UITM kat setiawangsa. Sampai umah pengantin dalam kul 12.30 tghr. tetamu mmg tgh ramai. dengan cuaca sekrg yang panasnya lain macam mmg mencabar perasaan ckitla. nak layan karenah abg yun dan kakak dina lg. sempatla snap 2-3 gambar dengan pengantin.


 Selamat Pengantin Baru my dear fren Amilah Salehah & Pasangan. 
Semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke Jannah. 



Adik, Salehah & Me

Selesai kat cni kami pecut pergi Meru, Klang plak. satu lagi kenduri nak kna pergi..huhu. sayangnya xde gambar.

Wednesday, 4 March 2015

IRHAM WARDED LAGI

8 Februari 2015

Lepas maghrib pergi shopping brg dapur kat Giant Sri Kembangan. Biasala budak2 ni wat perangai sume kena angkut masuk kereta. Tinggallah ummi budak je tolak troli sana sini. Siap shopping singgah beli air cool blog utk Yun & Dina pastu terus ke kereta. Sampai2 je en. suami bagi tau Irham muntah. Aish, mmg trauma rasanya bila dengar Irham muntah. Angkut brg masuk kereta terus balik rumah.

Sampai rumah terus packing barang nak ke hospital. Kali ke-4 Irham muntah terus gerak ke HKL. Dalam hati tak putus doa semoga Irham baik2 aje. Takut bila fikirkan kalau Irham terpaksa buat operation lagi kat kepala dia. Baru lagi review shunt awal bulan 12 ari tu.

12.30 malam sampai kat kecemasan HKL terus masuk zon kuning. Macam biasa kena wat CT Scan & X-Ray. Doktor suruh warded. So, 6am check in la wad neuro 6B.

9 Februari 2015

Doktor bagi tau shunt Irham nampak ok walaupun slow refill. tak de plan untuk operation lagi wat masa terdekat ni. Ummi lega, abah pun lega bila dengar macam tu. Tapi Irham tiba2 fit kul 7.30am. First time Irham macam tu. 2 kali Irham fit buatkn hati jadi tak tenang walaupun doktor kata semua under control.

Irham nampak lemah je. Dari semalam tak nak makan dan minum. Harapkan drip jela. Tidur pun tak berapa nak lena. Jap2 merengek. Nampak macam Irham sakit kepala yang amat sangat. Sampai pagi ummi tidur duduk sambil dukung Irham sebab bila baringkan atas katil je terus nangis.

10 Februari 2015

Pagi ni 5 kali Irham fit. Mata pun dh nampak macam juling. Pakar neurosurgikal refer pakar neuro medical untuk tengok kenapa Irham masih fit walaupun dah on ubat sawan. then, neuromedical suggest utk review shunt semula. but neurosurgikal doktor refused to do. to them shunt Irham masih ok dan berfungsi. ummi jadi stress bila dengar camtu. Apa sebenarnya problem Irham? Masuk hari ni dah 3 hari Irham tak makan & minum.


but the best moment bila waktu melawat petang tadi abg Yun dan kakak Dina boleh naik tgk adik. Irham pun nampak seronok sangat jumpa abang & kakak.

  



Kul 2 pagi Irham merengek. ummi cuba bagi air masak Irham masih tak nak. tergerak hati nak buatkan Irham susu. Alhamdulillah Irham nak. Rasa macam nak melompat atas katil tu bila Irham dah mula nak susu. Syukur sangat.

11 Februari 2015

Irham memang dah tahap kebuluran kot. maklumla 3 hari tak makan apa2. jap2 nak susu. semua yg ummi makan Irham makan. Irham pun dah mula nampak bertenaga. Perkembangan yang sangat baik sebenarnya.

12 Februari 2015


Semakin sihat dan bertenaga. Dah boleh goyang2 badan bila dengar lagu kanak2. Dah boleh wefee dengan abah.






13 Februari 2015

Alhamdulillah, berkat doa semua Irham dah boleh discaj hari ni. paling menggembirakan Irham discaj tanpa sebarang operation macam sblm ni. Syukur sangat. Terima kasih Allah sebab permudahkan segala urusan Irham. Doakan Irham sihat sentiasa lepas ni.


Friday, 6 February 2015

SIAKAP ASAM BOI




BAHAN-BAHAN

>> seekor ikan siakap saiz sederhana
>> cili merah atau cili hijau (guna capsicum lagi cantik. colourful)
>> 3 ulas bawang putih
>> 2 biji bawang besar
>> 6-7 biji asam boi
>> seinci halia

CARA MASAK

>> lumurkan ikan dengan sos tiran dan sedikit garam. kemudian goreng macam biasa
>> tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dipotong dadu, cili hijau dan cili merah dipotong bulat2 serta halia
>> masukkan asam boi setelah bahan tumis layu
>> masukkan air (nak kuah banyak isi lebih air)
>> bila mendidih masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.

SIAP DAN SELAMAT MENCUBA

Wednesday, 7 January 2015

CARA MUDAH CUCI BARANG KEMAS

Salam/hi alls,

Hari ni nak share cara mudah lagi jimat nak cuci barang kemas yang kita ada. Tak perlu lagi keluarkan duit nak g cuci kat kedai kan.

Barang-barang yang diperlukan hanyalah air suam, limau nipis dan sabun basuh pinggan (cecair). Kalau boleh yang banyak campuran limau nipis.

caranya mudah je...

>> campur air panas, sabun dan perahan limau
>> rendam barang kemas at least 10 minit
>> berus dengan berus gigi lembut
>> keringkan guna kain yang lembut. Nak guna hair dryer pun boleh
>> SIAP

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, 22 October 2014

KENALI EBOLA

Penyakit virus ebola (ebola virus disease; EVD) adalah penyakit serius dengan kadar kematian yang tinggi. Penyakit ini boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan seperti kelawar dan monyet.

CARA JANGKITAN
  • Melalui cairan badan individu yang jatuh sakit atau telah meninggal dunia akibat EVD seperti darah, muntah, air kencing dan sebagainya.
  • Cairan badan haiwan yang dijangkiti seperti darah termasuk daging
  • Objek yang tercemar dengan virus ebola seperti jarum suntikan dan peralatan yang digunakan kepada pesakit ebola.

GEJALA JANGKITAN
Dialami bermula 2-21 hari selepas pendedahan:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi
  • Sakit otot
  • Kelesuan
  • Muntah
  • Ruam
  • Cirit-birit
  • Pendarahan

NASIHAT KESIHATAN

  • Amalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
  • Hadkan pergaulan dengan individu sihat sekiranya mempunyai gejala jangkitan. 
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia