Wednesday 22 October 2014

KENALI EBOLA

Penyakit virus ebola (ebola virus disease; EVD) adalah penyakit serius dengan kadar kematian yang tinggi. Penyakit ini boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan seperti kelawar dan monyet.

CARA JANGKITAN
  • Melalui cairan badan individu yang jatuh sakit atau telah meninggal dunia akibat EVD seperti darah, muntah, air kencing dan sebagainya.
  • Cairan badan haiwan yang dijangkiti seperti darah termasuk daging
  • Objek yang tercemar dengan virus ebola seperti jarum suntikan dan peralatan yang digunakan kepada pesakit ebola.

GEJALA JANGKITAN
Dialami bermula 2-21 hari selepas pendedahan:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi
  • Sakit otot
  • Kelesuan
  • Muntah
  • Ruam
  • Cirit-birit
  • Pendarahan

NASIHAT KESIHATAN

  • Amalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
  • Hadkan pergaulan dengan individu sihat sekiranya mempunyai gejala jangkitan. 
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



No comments:

Post a Comment