Monday 20 October 2014

SUSU MAHAL DAN MURAH. ADA BEZA KE??

tajuk entri macam poyo je kan. sebenarnya bukan niat saya nk beza2kan susu2 yang de kat Malaysia ni. cuma dh banyak kali persoalan ni bermain kat fikiran saya. Alkisahnya Irdina ni umur dah 3 tahun tapi berat badan masih 9kg++. Bayangkan ye..Irham yang nk masuk 9 bln tu pun dh 6kg++. kiranya Irdina ni termasuk dalam katogeri kanak2 kurang zat. Nak wat camner lagi. dia memang tak suka makan nasi melainkan dia lapar sangat2. Itupun 2@3 hari sekali. selebihnya dia akan makan roti, biskut, kuih dan yang sewaktu dengannya. Macam2 cara dah wat untuk influence dia makan nasi tapi hasilnya tetap sama. Alternatifnya dari minum susu Enfagrow saya & en. suami tukar kepada Pediasure seperti yang dicadangkan oleh doktor. Dah try S26 pun x jadi gak. sejak minum pediasure ni dia dh kerap minta susu & rajin makan. Pastu dia makin cerdas & cergas dan makin menunjukkan minat nak belajar.

sejak 2 bulan lepas saya perasan tin besar Pediasure dh dikurangkan beratnya. Dari 1.8kg kepada 1.6kg dengan harga yang sama. Paling murah saya leh dapat RM136.99 kat Darussalam Presint 9. Biasa kat pasaraya RM140-RM150. So, kami pun tukarla kepada Dutch Lady 456 dengan harapan dapat meminimumkan kos perbelanjaan susu setiap bulan. Lgpun Irdina dah besar dan susu sepatutnya bukan lagi makanan utama dia. 


Hasilnya, Irdina hanya minum susu paling banyak pun 2 botol sehari. skali minum 8oz. Pediasure dulu paling banyak dia minum 4-5 botol sehari. Nampak x beza kat ctu?? Pastu aktiviti makan dia tetap sama macam dulu, tak bertambah. Nampak sangat Pediasure tu dia suka berbanding dutch lady. Jadi, bermula hujung bulan ni terpaksala belikan Pediasure utk dia semula. Bimbang juga dia kekurangan zat2 penting. If kurang minum susu tapi makan banyak ok la lg. tapi sekarang susu kurang makan plak masih di tahap sama.

Pediasure, welcome back soon. only the best for you kakak Dina..hehe


No comments:

Post a Comment