Friday 29 August 2014

KENALI SPINA BIFIDA

Spina Bifida berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak terbentuk dengan sempurna. Spina Bifida boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

1. Spina Bifida Occulta (tersembunyi) 
    * Pesakit adakalanya tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit ini.
* paling ringan

2. Spina Bifida Meningocele 
     * Jarang berlaku
     * satu sista menyelaputi membran dan ianya mudah pecah
* pesakit mungkin mengalami beberapa ketidakupayaan

3. Spina Bifida myelomeningocele
     * paling serius
     * saraf tunjang rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna
     * terdapat benjolan di belakang badan
     * Memerlukan rawatan segera terhadap benjolan antara 1-3 hari selepas dilahirkan.
     * Pesakit mungkin mengalami masalah mengawal kencing dan kelumpuhan di bahagian tertentu bergantung kepada dimana benjolan itu berada. 
* Pesakit juga kebanyakannya mempunyai hydrochepalus dimana cecair di bahagian otak tidak dapat mengalir keluar dengan sempurna


Tiada sebab khusus bagaimana spina bifida boleh terjadi. Bagaimanapun kebanyakan pakar perubatan percaya ianya terjadi disebabkan KURANG ASID FOLIK semasa mengandung. Dos asid folik yang disarankan adalah 400mcg (0.4mg)/days. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami spina bifida atau pernah melahirkan anak yang menghidap spina bifida dos asid folik yang disarankan adalah 4000mcg (4.0mg) antara satu hingga tiga bulan sebelum mengandung.



No comments:

Post a Comment