Saturday 16 November 2013

Saat Dapat Tahu

Macam biasa, rutin ibu2 mengandung ialah pergi check up. Saya pun samala. Oleh kerana masa mengandung anak first ada high BP and masa anak kedua ada kencing manis terpaksala menghadap kesesakan kat Klinik Pakar Hospital Putrajaya untuk anak ketiga ni. It's ok baby. Ummi dh biasa sesak2 ni:)

Kali ni En. Husband drop je kat lobby then dia g opis keje. Tak aci tul kn. Bermulala pengembaraan di hospital ni. Timbang berat, amik darah, test air kencing and the last part jumpa doktor. Lepas short intebiu doktor pn suruh baring atas katil. nk scan katanya.

Tengah asyik scan,  muka doktor tiba2 macam berkerut seribu. Then, duk ulang2 scan tempat yang sama. Maybe sebab tak puas hati doktor tu siap panggil another doktor (specialist) untuk confirmkan pe dia nampak.  Bila doktor specialist say YES muka first doktor tu terus berubah. Saya?? Kalau doktor cuak saya lagi la cuak. Dalam hati dh x keruan.

" Kami dapati saiz kepala anak puan lebih besar dari saiz biasa. Memandangkan kandungan puan baru berusia 7 bulan kami akan monitor dulu dan kami tak kan confirmkan apa2 dulu. Kita tunggu next visit sebulan dari sekarang untuk tengok progress. Puan jangan risau."


Ya Allah, kepala anak saya besar macam yang dalam tv tu ke??? Tak tahu nk ckp macam mana. Macam2 rasa berkecamuk dalam hati. Nk nangis tapi air mata xnk keluar lagi. Rasa lama sangat tunggu En. Husband sampai walaupun dari opis dia ke hospital x sampai 15 minit pn. Macam mana nk bg tau En. Husband???


No comments:

Post a Comment