Saturday 30 November 2013

APA ITU VENTRICULOMEGALY

Sejak doktor g tau pasal saiz kepala baby tu , saya pun sibuklah mencari maklumat di internet. Berpandukan ayat yang doktor tulis dalam buku "noted during scan bilateral lateral ventricle enlarged" sy pun google la utk tahu pe masalah sebenarnya sebab 2 anak yang sebelum ni Alhamdulillah xde pe2 masalah. So, inilah hasil carian saya.

Ventriculomegaly adalah keadaan luar biasa dimana ventrikal didalam otak janin membesar melebihi 10 milimeter lebar. Ia boleh memberi kesan kepada hanya sebelah atau kedua-dua belah ventrikal. Ia juga boleh memberi kesan kepada ventrikal ketiga dan keempat.



photo credit to google

Fakta Penting Tentang Ventriculomegaly
  • Berlaku dalam 1:1000 kelahiran
  • Boleh dikesan semasa trimister kedua dan ketiga kehamilan (14-40 minggu) melalui ultrasound
  • Dibahagikan kepada  3 kumpulan kecil iaitu ringan, sederhana dan teruk
  • Memerlukan rawatan sekiranya bayi juga mempunyai hydrocephalus.
photo credit to google

Ventricolumogely terjadi disebabkan oleh kerosakan atau kehilangan tisu otak, kecacatan dalam perkembangan otak dan ketidakseimbangan peredaran dan penyerapan cecair cerebralspinal (CSF).

Antara gejala yang boleh dilihat adalah:-
  • Kepala membesar secara tidak normal (baru tahu betapa pentingnya ukurlilit kepala yang selalu nurse wat tiap kali bawa anak ke klinik)
  • Mata tidak boleh melihat menaik atau kelihatan kebawah
  • Perkembangan terbantut
  • Muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Ubun-ubun atau bahagian hadapan kepala kelihatan membonjol (bulging) 
If nk tahu details lagi leh tgk kat cni ya 

http://nyp.org/kids/ dan http://www.childrenshospital.org/ atau boleh search je kat google. Memang byk maklumat yang akan kita dapat tapi kebanyakannya dari luar negara.



No comments:

Post a Comment