Sunday 10 March 2013

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Mmm..dh lama sgt x update blog yg satu ni..just nk share ngan kawan2. Mungkin boleh dibuat panduan untuk kita menjadi seorang teman@kawan@sahabat yg baik. Dan untuk pengetahuan semua, saya pernah guna tajuk ni untuk sesi pengucapan awam masa kursus induksi. Tak silap masa tu tahun 2006. Kebetulan untuk sesi tu semua peserta diberi kebebasan untuk pilih tajuk sendiri. Jom baca n hayati sama2.


Dalam hidup ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan seorang sahabat yang memahami kita, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambilkira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu hanya alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri dia alasan memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa...Betapa untungnya kita mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa dia juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi peluang untuk dia menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkannya sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat bersandar bila terasa lemah agar tiada rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang hanya mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga manusia seperti kita. Dia juga punya rasa takut dan bimbang..Dia juga punya rasa sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu!!!

Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang disangka. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH...

2 comments:

  1. Terima kasih atas jasa anda menulis blog ini. Karangan yang baik dan mempunyai maksud yang dalam yang dapat menyedarkan diri seorang insan.......

    ReplyDelete