Penyakit virus ebola (ebola virus disease; EVD) adalah penyakit serius dengan kadar kematian yang tinggi. Penyakit ini boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan seperti kelawar dan monyet.
CARA JANGKITAN
- Melalui cairan badan individu yang jatuh sakit atau telah meninggal dunia akibat EVD seperti darah, muntah, air kencing dan sebagainya.
- Cairan badan haiwan yang dijangkiti seperti darah termasuk daging
- Objek yang tercemar dengan virus ebola seperti jarum suntikan dan peralatan yang digunakan kepada pesakit ebola.
GEJALA JANGKITAN
Dialami bermula 2-21 hari selepas pendedahan:
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit sendi
- Sakit otot
- Kelesuan
- Muntah
- Ruam
- Cirit-birit
- Pendarahan
NASIHAT KESIHATAN
- Amalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
- Hadkan pergaulan dengan individu sihat sekiranya mempunyai gejala jangkitan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment